Monday 3 October 2011


POTENSI STEVIA DI MALAYSIA

Pengarah Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Mardi, Mansor Puteh, berkata MARDI banyak menerima permintaan dan pertanyaan mengenai stevia, khususnya selepas pengumuman kenaikan harga gula. “Kita mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat membangunkan tanaman ini dalam industri herba dan makanan tambahan. Malah, bersedia memberi khidmat nasihat, bantuan serta tunjuk ajar di samping terus menjalankan kajian untuk memperbaiki kualiti serta hasil penuaian stevia di negara ini,” katanya.
Banyak kerajaan negeri bercadang untuk menanam Stevia, sejenis tanaman herba renek yang semakin popular di beberapa negara luar kerana ia dikatakan boleh menggantikan penggunaan gula, secara komersial.
Ia bukan sahaja dapat menggantikan penggunaan gula dalam minuman dan makanan tetapi akan menjadi sumber pendapatan untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat, seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.
Tidak perlu kawasan yang luas untuk mengusahakan tanaman ini, kerana ia boleh ditanam di belakang rumah. Dalam satu ekar tanaman Stevia boleh menghasilkan 1 tan metrik daun kering yang boleh dijual RM5,000 untuk satu tuaian. Dalam satu ekar boleh dituai sembilan hingga sepuloh kali setahun.
Walaupun ia merupakan satu tanaman baru di negara ini, Stevia sebenarnya sudah ditanam di beberapa negera seperti Kanada, Australia, Amerika Selatan, China, India, Taiwan, Korea dan Thailand. Kini Stevia semakin popular sebagai pengganti kepada gula, dan mula ditanam di banyak negara.  Adalah dijangkakan lebih banyak negera termasuk Amerika Syarikat akan meningkatkan penggunaan Stevia dimasa hadapan.
Pada tahun 2008 terdapat dua persidangan berkaitan tanaman Stevia ini iaitu Stevia World Shanghai pada 14 Mei 2008 dan Stevia World Europe pada 18 November 2008. Disini jelas menunjukkan bahawa tanaman jenis ini mempunyai impak yang penting kepada dunia amnya dan Malaysia khasnya.

Di Jepun penggunaannya sudah meningkat kepada 50 peratus dan hari ini pasaran Stevia di dunia membabitkan urusan niaga lebih RM 1.9 billion.
Stevia diluluskan oleh Generally Recognized As Safe dan Food and Drug Administration America ( FDA ) pada 17 Disember 2008.

Penanaman stevia bolih membantu membasmi kemiskinan kepada ibu tunggal dan graduan menggangur.  Dijangka pada 2015, dunia akan mendapat keuntungan sebanyak RM 63 billion hasil daripada penanaman Stevia sebagai alternatif untuk menggantikan gula.
Belia Digalak Ceburi Kerjaya Perladangan.  Belia lepasan sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi serta pencari kerja digalak menceburi kerjaya dalam sektor perladangan komoditi, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Agensi di bawah seliaan KPPK iaitu MPOB, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan Lembaga Lada Malaysia

PERBANDINGAN DIANTARA STEVIA DAN KELAPA SAWIT

STEVIA :

1.                  Mula dengan 2,000 pokok @ RM6,000.
2.                  Biakkan 10 pokok daripada 1 pokok induk, bolih dapat 20,000 pokok.
3.                  Perolihi 20,000 pokok cukup untuk seekar dalam bulan ke 4.
4.                  Perolihi 200,000 pokok (20,000 x 10 ) dalam bulan ke 5.
5.                  200,000 pokok cukup untuk 10 ekar tanah lading.

Hasil :        200,000 pokok x 135 g daun kering sepokok = 27,000 kg/tahun
                  27,000 kg bahagi 12 bulan                         = 2,250 kg/bulan (10 ekar)
                  2,250 kg bahagi 10 ekar x RM5                   = RM1,125 sebulan/ekar
                 
Hasil dalam 3 tahun pertama
      Tahun Pertama :
6 bulan pertama       = RM    2,250
        6 bulan kedua          = RM  67,500  (RM11,250.00 sebulan untuk 10 ekar)
       Tahun Kedua           = RM135,000  (RM11,250.00 sebulan untuk 10 ekar)
       Tahun Ketiga           = RM135,000  (RM11,250.00 sebulan untuk 10 ekar)
        JUMLAH               = RM339,750.00


KELAPA SAWIT :

1. Mula dengan 60 pokok seekar x 10 ekar x RM9 = RM5,400
2. Belanja menjaga dan membaja = RM2,600 selama 3 tahun.
3. Modal seekar kelapa sawit = RM8,000 untuk 3 tahun.
4. Menjaga tanaman selama 3 tahun (nilai upah RM21,600) tanpa sebarang           
hasil/pendapatan.


Hasil :
1. Tahun ke 4 hasil 60 hari = 3 ton seekar x RM600 = RM1,800
2. RM1,800 bahagi 2 bulan = RM900 sebulan/ekar.
3. Dalam setahun hasil hanya dapat dalam 10  bulan sahaja.
4. Pendapatan belum ditolak kos perbelanjaan.

KESIMPULAN

1. Stevia telah memberi hasil RM339,750.00 dalam masa 3 tahun pertama;    
        sedangkan kelapa sawit tidak ada sebarang hasil.
2.  Pada tahun ke 4 stevia masih memberi hasil RM1,125 sebulan/ekar; sedangkan  
        kelapa sawit hanya memberi hasil RM900 sebulan/ekar (belum ditolak kos   
        perbelanjaan).
3.  Stevia memberi hasil sepanjang tahun; sedangkan kelapa sawit hanya memberi    
        hasil 10 bulan dalam setahun. Musim Puncak/buah banyak (sekitar bulan Ogos –   
        Januari)
4.    Stevia hanya memerlukan pekerjaan ringan; sedangkan kelapa sawit memerlukan  
        pekerjaan berat untuk menjaga dan menuai buahnya.
5.    Stevia hampir tiada musuh; sedangkan kelapa sawit banyak musuh.
6. Stevia tidak perlu pengangkutan berat untuk membawa nya ke kilang;  
        sedangkan kelapa sawit memerlukan kenderaan berat/lori untuk membawa ke   
        kelang dengan kos yang tinggi.

KENAPA MELABUR DALAM LADANG STEVIA ?

1. PULANGAN MODAL (R.O.I.) DALAM 18 BULAN SAHAJA.
2. MULA MENDAPAT HASIL DALAM MASA 4 BULAN.
3. MUDAH MEMPROSES TUAIAN KEPADA :
·         SERBUK DAUN HIJAU
·         SERBUK TEH STEVIA
·         SERBUK GULA HIJAU
·         SERBUK GULA PUTIH

4. STEVIA ADA BANYAK KEGUNAAN :
     ·         GULA TANPA KELORI ganti GULA TEBU & GULA TIRUAN
                         TINGGI
·        PEMANIS UNTUK PESAKIT DIABETIS / KENCING MANIS & DARAH    
·        CAMPURAN DALAM UBAT GIGI sebagai ANTI CAVITI GIGI
·        CAMPURAN DALAM KRIM PELEMBAB MUKA untuk AWET MUDA
·        CAMPURAN DALAM UBAT untuk MENYEMBUH PENYAKIT KULIT    
      ·  DIGUNAKAN DALAM UBAT untuk MENCEGAH OBESITI /                     
                         KEGEMUKAN
·  PEMANIS MINUMAN CARBONAT & KODIAL sebagai MINUMAN                            
                         KESIHATAN     
                ·        MEMBUAT MINUMAN ISTONIK untuk MEMBERI TENAGA MUDA.
  

5. TIDAK PERLU BOROH LUAR KERANA TIDAK MEMERLUKAN KEKUATAN                      UNTUK MENJAGA DAN MENUAINYA. ( Tuaian bolih dilaku olih kanak-kanak ).
6. BOLIH DITANAM DITANAH TEBIAR ATAU BERPASIR.
7.     KEUNTUNGAN MELEBIHI YANG DIPEROLIHI KELAPA SAWIT.
8.     TANAMAN TAHAN DAN TUAIAN BOLIH DIBUAT SELAMA 6 TAHUN               
        PENUMBUHAN PASARAN DUNIA YANG AMAT PESAT – PASARAN EKSPOT.
10.   POTENSI MENJADI PENGGANTI GULA DIMASA HADAPAN.
11.   GALAKAN KERAJAAN MALAYSIA MELALUI BUJET 2011 :
    • RM135 juta untuk infrastruktur asas ladang herba.
    • RM133 juta untuk Pusat Memproses Produk Pertanian dan Pusat Inkubator Bioteknologi di kawasan koridor utara (NCER)  
    • RM178 juta untuk projek di kawasan koridor Timur (ECER)
    • Potongan Cukai ( Double Tax deduction) atas pembayaran premium insuran konvensional untuk syarikat kredit ekspot yang diiktiraf olih MOF.
    • Insentif Cukai untuk syarikat yang melibatkan diri dalam pengeluaran makanan (termasuk syarikat subsidari) di beri 100% pengecualian cukai  pendapatan selama 10 tahun bermula 1/1/2011.

12. PELUANG UNTUK MENJADI PERINTIS (PIONEER) DALAM INDUSTRI KOMODITI BARU DUNIA YANG BAKAL MENGGANTI KOMODITI GULA TEBU DAN MENJANA PENDAPATAN HINGGA MENCAPAI 5% KDNK MALAYSIA DALAM TAHUN 2013.

Saturday 11 June 2011

FAEDAH "STEVIA PENGGANTI GULA BIASA"


FAEDAH "STEVIA PENGGANTI GULA BIASA"
Berita Mingguan 29.03.09 (Sunday)
Dipetik dari Harian Metro
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

BERITA kenaikan harga gula selepas sambutan Tahun Baru Cina ini pasti meresahkan ramai pengguna. Mana tidaknya, dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ini, harga barang keperluan harian pula meningkat.Memang ia berita yang kurang sedap didengar tetapi jika difikirkan semula, mungkin ini boleh dijadikan titik tolak untuk memperbaiki tahap kesihatan.

Sebenarnya semua orang, tidak kira kanak-kanak, remaja atau orang dewasa, tidak memerlukan gula. Gula hanya perisa yang mengandungi kalori tetapi tiada khasiat.Ia digunakan hanya untuk menaikkan rasa makanan dan sebagai mana yang kita tahu, makanan manis memang lebih mudah diterima, terutama di kalangan kanak-kanak.
Manis dan masin adalah rasa yang dipelajari sejak kanak-kanak. Berbanding rasa masin garam, kemanisan gula lebih memikat selera.

Ini sebabnya ada ibu bapa memasukkan gula dalam makanan anak untuk menggalakkan mereka makan. Namun kesilapan kecil ini merangsang cita rasa anak terhadap makanan manis dan ia biasanya berlanjutan hingga dewasa.Kajian Kementerian Kesihatan mendapati, rakyat negara kita mengambil kira-kira 125 gram sehari atau 875 gram seminggu; lebih dua kali ganda daripada had disaran iaitu hanya 50 gram atau tidak melebihi 10 camca teh.

Bukan rakyat Malaysia saja yang mengambil banyak gula, malah ia juga berlaku pada masyarakat Barat, termasuk Amerika Syarikat. Akhbar melaporkan, secara purata rakyat Amerika mengambil antara 900 hingga 1,350 gram gula seminggu!Namun ini bukan perkara yang perlu dicontohi atau dijadikan saingan kerana banyak kajian menunjukkan pengambilan gula berlebihan hanya memudaratkan kesihatan. Malah, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, menyarankan pengguna mengurangkan meminum minuman ringan yang dihasil menggunakan gula fruktosa yang mengandungi lebih 50 peratus gula sukrosa.Katanya, penyelidik mendapati tindakan fruktosa dalam badan berbeza daripada gula jenis lain kerana ia dimetabolismakan dengan cara yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan kerana ia tidak menghalang tindakan ghrelin iaitu hormon rasa lapar.Maknanya, fruktosa meningkatkan kecenderungan kita untuk makan dan makan berlebihan itu adalah penyumbang utama kenaikan berat badan.Gula sebenarnya adalah karbohidrat. Sumber penting tenaga.

Nasi, bihun, mi, pasta, roti, sayuran berubi dan buah-buahan adalah makanan yang kaya karbohidrat. Jadi kita tidak perlu risau jika tidak mengambil gula kerana semua makanan yang diambil memang mengandungi gula karbohidrat, sama ada dalam bentuk semula jadi atau diproses. Karbohidrat juga ditukar ke bentuk gula ringkas dulu sebelum ia boleh digunakan sebagai tenaga.Biasanya apabila bercakap mengenai gula, kita merujuk kepada gula sukros daripada tebu atau beet. Antara bentuk gula yang ada di pasaran ialah gula bertapis seperti sukrosa (gula pasir atau halus), dekstrosa (sirap jagung) dan sirap fruktosa (sirap) yang digunakan dalam penghasilan pelbagai makanan seperti roti, bijirin sarapan pagi, mentega kacang, mayonis, sos, kicap dan minuman ringan. Itu belum masuk makanan yang sememangnya manis seperti kek, biskut atau kuih muih.Malangnya badan kita tidak dapat membezakan antara gula asli atau yang diproses kerana semuanya memberi kesan sama. Secara umumnya semua jenis gula, tidak kira apa jenis dan sumbernya (termasuk daripada karbohidrat) membekalkan tenaga sebanyak empat kalori bagi setiap gram.Kita semua maklum, setiap tenaga berlebihan disimpan sebagai lemak. Bagi individu yang ada masalah berat badan, cita rasa terhadap makanan manis memburukkan keadaan dan menyukarkan proses menguruskan badan. Malah, ada yang menganggap gula bertapis (yang berwarna putih) sebagai punca kematian kerana di sebalik rasa manisnya, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada sistem imun, berat badan dan kesihatan secara keseluruhan.

Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?

· Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.

· Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya, ia menyebabkan paras gula darah meningkat cepat dan menjejaskan paras insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang, terutama bagi pesakit kencing manis, kerana ia menyukarkan kawalan paras gula darah.

· Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting dalam rawatan kanser.

· Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakan orang ialah mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman. Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar (menggunakan tenaga), masih ada yang liat mengamalkannya. Tenaga yang berlebihan, ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut menyumbanJustify Fullg kepada pertambahan berat badan.

· Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan, gigi akan berlubang. Apabila ini terjadi, banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi, jangkitan dan kehilangan gigi.Tabiat makan yang terlalu kerap juga perlu dihentikan. Ini kerana apabila kita makan (khususnya makanan mengandungi karbohidrat), ia meningkatkan kemungkinan pereputan gigi kerana air liur lebih banyak digunakan untuk menghancurkan makanan, sedangkan air liur penting bagi meneutralkan tahap keasidan mulut.Dalam kajian lain mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak masalah kesihatan yang lebih serius, kurangkan pengambilan gula dalam makanan harian.

Langkah untuk mengurangkan pengambilan gula:

· Baca label dan periksa kandungan gula sesuatu produk. Perkataan glukosa, sukrosa, fruktosa, dekstrosa, madu, gula perang dan semua jenis sirap bererti gula.

· Buat catatan, terutama bagi yang suka makanan manis. Catatan ini termasuk minuman manis (kopi, teh atau jus buah ketika sarapan), sajian pencuci mulut (kuih-muih, snek, gula-gula atau kek. Melalui cara ini, anda boleh membuat penilaian berapa banyak makanan manis yang anda ambil dalam masa sehari atau seminggu.

· Amalkan minum air masak setiap kali makan, terutama ketika makan tengah hari atau makan malam. Jika selama ini anda minum minuman manis, kurangkan kemanisan minuman anda. Pastikan anda juga meminta segelas air masak bersama minuman manis bagi menambah pengambilan air masak.

· Setiap 355 mililiter minuman ringan atau karbonat mengandungi kira-kira 10 camca teh gula. Ini bersamaan dengan saranan pengambilan gula harian daripada makanan dan minuman. Minuman ringan adalah sumber gula tambahan paling utama dalam diet kanak-kanak Amerika Syarikat. Senario ini tidak banyak berbeza dengan keadaan kanak-kanak di negara kita yang dibesarkan dengan pelbagai minuman ringan. Justeru, tidak hairan jika masalah obesiti kanak-kanak di Malaysia turut meningkat.

· Ketika membeli, pilih makanan atau minuman yang mempunyai label ‘kurang manis’.· Gantikan snek makanan ringan atau sajian pencuci mulut kuih muih kepada buah-buahan.


STEVIA pemanis semula jadi


TIDAK ramai yang mengetahui apakah pokok stevia, apatah lagi maklum akan khasiatnya. Namun segelintir daripada kita yang sukakan kemanisan tetapi bencikan kemudaratan mungkin memilih pokok ini sebagai pemanis.
Ini kerana stevia sudah mula dikenali sebagai alternatif kepada gula untuk pemanis dalam minuman.
Ada yang melabelkan 'gula sebagai racun', 'gula lebih bahaya daripada dadah', 'gula pembunuh senyap' dan macam-macam lagi.

Di sinilah stevia memainkan peranan kerana bahaya gula telah menampakkan impak dan kesan sangat positif kepada masyarakat.

Pengambilan makanan manis yang mengandungi tinggi kalori tanpa khasiat dan serat dalam jangka panjang mampu menyingkirkan beberapa vitamin dan zat galian dari dalam badan.
Melihatkan betapa seriusnya peningkatan pesakit diabetes ini, Agrostevia Consultancy, sebuah syarikat yang telah lama terlibat dalam kajian dan pembangunan hasil pertanian ini telah mengeluarkan produk pemanis semula jadi yang berasaskan 100 peratus ekstrak daun pokok stevia gred A+ dengan kadar kemanisan yang lebih tinggi berbanding gula tebu.

Bagaimanapun stevia tidak mengandungi kalori, lemak, kolestrol, protein, toksik, glukos dan karbohidrat.
Memandangkan stevia mempunyai kadar kemanisan yang tinggi berbanding gula, maka sebotol produk tersebut boleh digunakan untuk 400 gelas air. 

Stevia mestilah diamalkan beberapa bulan barulah dilihat lebih praktikal berbanding penggunaan sebotol sahaja memandangkan tindak balas gula stevia pada badan mengambil masa untuk menolak segala stok glukos dan kalori yang terdapat pada darah yang telah lama berada di dalam badan.

Selain daripada khasiat dan kelebihan semula jadi secara biologi yang terkandung di dalam produk stevia ini proses pembuatan produk ini disulam dengan beberapa khasiat dan kebaikan secara metafizik.

Melalui beberapa ujian kadar gula dalam darah oleh beberapa doktor penasihat, stevia menunjukkan kesan yang amat menakjubkan kerana ujian ke atas kadar gula selepas dua jam menunjukkan kadar gula adalah sama seperti sebelum meminumnya.  Ini jelas membuktikan dengan menggunakan stevia dalam air, ia tidak menambahkan kadar glukos dan kalori dalam darah.  Semua orang yang mengamalkan stevia juga boleh membuat ujian darah sendiri sekiranya ingin mendapatkan pengesahan dan menambah keyakinan.

Stevia dikatakan pemanis semula jadi paling mesra dengan pesakit diabetes, darah tinggi dan obesiti. Menurut satu kajian mendapati jumlah karbohidrat, kalori dan glukos yang terkandung di dalam gula tebu antara penyumbang kepada kenaikkan paras gula dalam darah.
Dengan menggantikan penggunaan gula tebu kepada stevia secara amalan yang konsisten dan berpanjangan, kita mampu menghentikan kemasukan kalori, karbohidrat dan glukos yang baru secara berlebihan dalam badan.
Lama-kelamaan lemak dan kalori yang dah lama tersimpan dalam badan akan terbakar untuk bekalan tenaga.
Memandangkan stevia tidak menghasilkan glukos maka ekstrak ini mempunyai potensi untuk menjadi agen antihiperglisemik untuk diabetes.  Pengambilan gula stevia yang konsisten dan kerap dalam menggantikan gula tidak akan memudaratkan memandangkan sifat daun stevia yang sifar segalanya.

Pengguna produk stevia hanya perlu membelanjakan kira-kira 10 sen sahaja untuk segelas minuman sekali gus berpeluang menikmati hidup yang lebih sihat dan menjauhi kesan bahaya gula.
Selain digunakan dalam minuman seperti teh, kopi atau minuman kegemaran lain, stevia juga disarankan penggunaannya ketika mengambil minuman berherba seperti teh misai kucing, mas cotek, tunjuk langit dan lain-lain bagi menambahkan keberkesanan herba tersebut pada badan.

Selain itu, sifat ekstrak daun stevia yang tahan pada suhu yang tinggi, terikat dan tidak terampai ini boleh digunakan di dalam masakan berempah dengan menambah secubit stevia ke dalam masakan bagi menambahkan keenakan masakan dan mengelakkan masakan bersantan dari cepat basi.

Friday 10 June 2011

STOCKIS & PENGEDAR

Syarikat Agrostevia Worldwide (M) Sdn. Bhd. sedang mencari stokis dan pengedar untuk produk stevia berikut :

              1.  TEH UNCANG STEVIA
           
               2.  MySweet GULA STEVIA

Pengedar pesendirian dan Syarikat MLM yang ingin membuat jenama sendiri juga boleh menghubungi kami :

             H/P : 012 6121757
          
JANGAN LEPAS PELUANG KEEMASAN INI. KEUNTUNGAN AMAT LUMAIAN !!!


Stevia Rebaudianna

STEVIA 300 kali ganda manis daripada tebu


PADA pada masa rakyat di seluruh dunia sedang dibelenggu dengan diabetes iaitu penyakit yang berpunca daripada gula, satu penemuan baru mungkin memberi harapan baru dalam menjauhkan penyakit itu daripada manusia.
Di Malaysia menurut statistik Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan dianggarkan kira-kira 3.4 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada 2010.
Ia satu petunjuk membimbangkan kerana ini bermakna lebih 12 peratus rakyat negara ini menghidap diabetes.
Jika sebelum ini tebu menjadi sumber utama gula, bagaimanapun penemuan baru pokok stevia yang mampu menggantikan fungsi pemanis semakin mendapat tempat di hati ramai orang.
Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudianna adalah tumbuhan herba dari keluarga Chrysanthemum yang mengandungi glikosida pada daunnya termasuk lebih 10 peratus steviosida.
Stevia mengandungi rasa manis 200 hingga 300 ganda lebih tinggi daripada gula tebu. Ini bermakna seseorang itu tidak perlu mengambil gula dalam kuantiti yang banyak untuk memaniskan secawan kopi atau membuat kek.

Tiada kalori dan toksik