HIDUP SIHAT


STEVIA ALTERNATIF GANTI GULA 

TAHAP kesihatan rakyat Malaysia dan warga seluruh Dunia berada pada kadar yang amat membimbangkan terutamanya kes yang membabitkan pengambilan gula berlebihan. Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengurangkan pengambilan gula tetapi jumlah mereka yang mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi, kegemukan masih meningkat.  Tanaman Stevia telah dikenalpasti sebagai salah satu herba yang bolih mengganti gula dan tidak menyebabkan penyakit tersebut diatas, bahkan stevia membantu menstabilkan penyakit kencing manis, darah tinggi serta membantu mengurangkan berat badan (obesity).
Mengikut kronologi tanaman stevia yang mula diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ( MARDI ), mereka telah mula membuat kajian pada 2002 lagi tetapi sehingga ke hari ini MARDI masih tidak mengeluarkan mana-mana garis panduan yang menyatakan bahawa tanaman ini boleh ditanam secara komersial di Malaysia.

Namun begitu pada tahun 2008 terdapat dua persidangan berkaitan tanaman Stevia ini iaitu Stevia World Shanghai pada 14 Mei 2008 dan Stevia World Europe pada 18 November 2008. Disini jelas menunjukkan bahawa tanaman jenis ini mempunyai impak yang penting kepada dunia amnya dan Malaysia khasnya.
Stevia diluluskan oleh Generally Recognized As Safe dan Food and Drug Administration America ( FDA ) pada 17 Disember 2008. Yakinlah yang tanaman Stevia adalah satu alternatif bakal menggantikan gula sebagai pemanis.  Pehak Coca Cola telah mendaftarkan 100 paten sebagai pesediaan untuk FDA meluluskan stevia sebagai pemanis yang selamat.  Pesaingan Coca Cola dan Pepsi Cola amatlah pesat untuk mengeluarkan minuman tanpa kelori sedunia.
Badan tersebut telah membenarkan kegunaan stevia dalam makanan dan meluluskan pengeluaran makanan di Amerika Syarikat dan dapat diterima oleh di peringkat antarabangsa.  Banyak syarikat-syarikat pengeluar minuman dunia seperti Coca cola dan Pepsi sudah pun mengeluarkan air minuman yang tidak mempunyai kalori berasaskan kepada Stevia.

Cara penanaman tumbuhan ini tidaklah serumit yang disangka kerana dengan menggunakan benih yang berasal daripada pucuknya.  Ia mesti dibiarkan selama tiga minggu kemudian masukkannya ke beg plastic.  Tetapi jangan biarkan sehingga akarnya bergumpal, jika tidak ia akan menjadi 'stres' dan akan mengeluarkan bunga serta membuatkan pucuknya menjadi pahit.

Kajian menunjukkan di Jepun penggunaannya sudah meningkat kepada 50 peratus dan hari ini pasaran Stevia di dunia membabitkan urusan niaga lebih RM 1.9 billion.

Tanah seluas 30 hektar diperlukan untuk membina kilang pemprosesan dan pembenihan tanaman stevia.  Penanaman stevia dapat membantu membasmi kemiskinan kepada gulungan masyarakat seperti ibu tunggal, generasi kedua dan ketiga peneroka FELDA & FELCRA, koperasi perladangan, ANGKASA dan graduan menggangur.

Dijangka pada 2015, dunia akan mendapat keuntungan sebanyak RM 63 billion hasil daripada penanaman Stevia sebagai alternatif untuk menggantikan gula.  Jika kita lewat mengambil inisiatif untuk memulakan perladangan stevia dengan cara besar-besaran, maka kita akan ketinggalan untuk memenafaatkan peluang untuk menjadi pembekal gula stevia yang terbesar diDunia!