Monday 3 October 2011


POTENSI STEVIA DI MALAYSIA

Pengarah Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Mardi, Mansor Puteh, berkata MARDI banyak menerima permintaan dan pertanyaan mengenai stevia, khususnya selepas pengumuman kenaikan harga gula. “Kita mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat membangunkan tanaman ini dalam industri herba dan makanan tambahan. Malah, bersedia memberi khidmat nasihat, bantuan serta tunjuk ajar di samping terus menjalankan kajian untuk memperbaiki kualiti serta hasil penuaian stevia di negara ini,” katanya.
Banyak kerajaan negeri bercadang untuk menanam Stevia, sejenis tanaman herba renek yang semakin popular di beberapa negara luar kerana ia dikatakan boleh menggantikan penggunaan gula, secara komersial.
Ia bukan sahaja dapat menggantikan penggunaan gula dalam minuman dan makanan tetapi akan menjadi sumber pendapatan untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat, seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.
Tidak perlu kawasan yang luas untuk mengusahakan tanaman ini, kerana ia boleh ditanam di belakang rumah. Dalam satu ekar tanaman Stevia boleh menghasilkan 1 tan metrik daun kering yang boleh dijual RM5,000 untuk satu tuaian. Dalam satu ekar boleh dituai sembilan hingga sepuloh kali setahun.
Walaupun ia merupakan satu tanaman baru di negara ini, Stevia sebenarnya sudah ditanam di beberapa negera seperti Kanada, Australia, Amerika Selatan, China, India, Taiwan, Korea dan Thailand. Kini Stevia semakin popular sebagai pengganti kepada gula, dan mula ditanam di banyak negara.  Adalah dijangkakan lebih banyak negera termasuk Amerika Syarikat akan meningkatkan penggunaan Stevia dimasa hadapan.
Pada tahun 2008 terdapat dua persidangan berkaitan tanaman Stevia ini iaitu Stevia World Shanghai pada 14 Mei 2008 dan Stevia World Europe pada 18 November 2008. Disini jelas menunjukkan bahawa tanaman jenis ini mempunyai impak yang penting kepada dunia amnya dan Malaysia khasnya.

Di Jepun penggunaannya sudah meningkat kepada 50 peratus dan hari ini pasaran Stevia di dunia membabitkan urusan niaga lebih RM 1.9 billion.
Stevia diluluskan oleh Generally Recognized As Safe dan Food and Drug Administration America ( FDA ) pada 17 Disember 2008.

Penanaman stevia bolih membantu membasmi kemiskinan kepada ibu tunggal dan graduan menggangur.  Dijangka pada 2015, dunia akan mendapat keuntungan sebanyak RM 63 billion hasil daripada penanaman Stevia sebagai alternatif untuk menggantikan gula.
Belia Digalak Ceburi Kerjaya Perladangan.  Belia lepasan sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi serta pencari kerja digalak menceburi kerjaya dalam sektor perladangan komoditi, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Agensi di bawah seliaan KPPK iaitu MPOB, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan Lembaga Lada Malaysia

PERBANDINGAN DIANTARA STEVIA DAN KELAPA SAWIT

STEVIA :

1.                  Mula dengan 2,000 pokok @ RM6,000.
2.                  Biakkan 10 pokok daripada 1 pokok induk, bolih dapat 20,000 pokok.
3.                  Perolihi 20,000 pokok cukup untuk seekar dalam bulan ke 4.
4.                  Perolihi 200,000 pokok (20,000 x 10 ) dalam bulan ke 5.
5.                  200,000 pokok cukup untuk 10 ekar tanah lading.

Hasil :        200,000 pokok x 135 g daun kering sepokok = 27,000 kg/tahun
                  27,000 kg bahagi 12 bulan                         = 2,250 kg/bulan (10 ekar)
                  2,250 kg bahagi 10 ekar x RM5                   = RM1,125 sebulan/ekar
                 
Hasil dalam 3 tahun pertama
      Tahun Pertama :
6 bulan pertama       = RM    2,250
        6 bulan kedua          = RM  67,500  (RM11,250.00 sebulan untuk 10 ekar)
       Tahun Kedua           = RM135,000  (RM11,250.00 sebulan untuk 10 ekar)
       Tahun Ketiga           = RM135,000  (RM11,250.00 sebulan untuk 10 ekar)
        JUMLAH               = RM339,750.00


KELAPA SAWIT :

1. Mula dengan 60 pokok seekar x 10 ekar x RM9 = RM5,400
2. Belanja menjaga dan membaja = RM2,600 selama 3 tahun.
3. Modal seekar kelapa sawit = RM8,000 untuk 3 tahun.
4. Menjaga tanaman selama 3 tahun (nilai upah RM21,600) tanpa sebarang           
hasil/pendapatan.


Hasil :
1. Tahun ke 4 hasil 60 hari = 3 ton seekar x RM600 = RM1,800
2. RM1,800 bahagi 2 bulan = RM900 sebulan/ekar.
3. Dalam setahun hasil hanya dapat dalam 10  bulan sahaja.
4. Pendapatan belum ditolak kos perbelanjaan.

KESIMPULAN

1. Stevia telah memberi hasil RM339,750.00 dalam masa 3 tahun pertama;    
        sedangkan kelapa sawit tidak ada sebarang hasil.
2.  Pada tahun ke 4 stevia masih memberi hasil RM1,125 sebulan/ekar; sedangkan  
        kelapa sawit hanya memberi hasil RM900 sebulan/ekar (belum ditolak kos   
        perbelanjaan).
3.  Stevia memberi hasil sepanjang tahun; sedangkan kelapa sawit hanya memberi    
        hasil 10 bulan dalam setahun. Musim Puncak/buah banyak (sekitar bulan Ogos –   
        Januari)
4.    Stevia hanya memerlukan pekerjaan ringan; sedangkan kelapa sawit memerlukan  
        pekerjaan berat untuk menjaga dan menuai buahnya.
5.    Stevia hampir tiada musuh; sedangkan kelapa sawit banyak musuh.
6. Stevia tidak perlu pengangkutan berat untuk membawa nya ke kilang;  
        sedangkan kelapa sawit memerlukan kenderaan berat/lori untuk membawa ke   
        kelang dengan kos yang tinggi.

KENAPA MELABUR DALAM LADANG STEVIA ?

1. PULANGAN MODAL (R.O.I.) DALAM 18 BULAN SAHAJA.
2. MULA MENDAPAT HASIL DALAM MASA 4 BULAN.
3. MUDAH MEMPROSES TUAIAN KEPADA :
·         SERBUK DAUN HIJAU
·         SERBUK TEH STEVIA
·         SERBUK GULA HIJAU
·         SERBUK GULA PUTIH

4. STEVIA ADA BANYAK KEGUNAAN :
     ·         GULA TANPA KELORI ganti GULA TEBU & GULA TIRUAN
                         TINGGI
·        PEMANIS UNTUK PESAKIT DIABETIS / KENCING MANIS & DARAH    
·        CAMPURAN DALAM UBAT GIGI sebagai ANTI CAVITI GIGI
·        CAMPURAN DALAM KRIM PELEMBAB MUKA untuk AWET MUDA
·        CAMPURAN DALAM UBAT untuk MENYEMBUH PENYAKIT KULIT    
      ·  DIGUNAKAN DALAM UBAT untuk MENCEGAH OBESITI /                     
                         KEGEMUKAN
·  PEMANIS MINUMAN CARBONAT & KODIAL sebagai MINUMAN                            
                         KESIHATAN     
                ·        MEMBUAT MINUMAN ISTONIK untuk MEMBERI TENAGA MUDA.
  

5. TIDAK PERLU BOROH LUAR KERANA TIDAK MEMERLUKAN KEKUATAN                      UNTUK MENJAGA DAN MENUAINYA. ( Tuaian bolih dilaku olih kanak-kanak ).
6. BOLIH DITANAM DITANAH TEBIAR ATAU BERPASIR.
7.     KEUNTUNGAN MELEBIHI YANG DIPEROLIHI KELAPA SAWIT.
8.     TANAMAN TAHAN DAN TUAIAN BOLIH DIBUAT SELAMA 6 TAHUN               
        PENUMBUHAN PASARAN DUNIA YANG AMAT PESAT – PASARAN EKSPOT.
10.   POTENSI MENJADI PENGGANTI GULA DIMASA HADAPAN.
11.   GALAKAN KERAJAAN MALAYSIA MELALUI BUJET 2011 :
    • RM135 juta untuk infrastruktur asas ladang herba.
    • RM133 juta untuk Pusat Memproses Produk Pertanian dan Pusat Inkubator Bioteknologi di kawasan koridor utara (NCER)  
    • RM178 juta untuk projek di kawasan koridor Timur (ECER)
    • Potongan Cukai ( Double Tax deduction) atas pembayaran premium insuran konvensional untuk syarikat kredit ekspot yang diiktiraf olih MOF.
    • Insentif Cukai untuk syarikat yang melibatkan diri dalam pengeluaran makanan (termasuk syarikat subsidari) di beri 100% pengecualian cukai  pendapatan selama 10 tahun bermula 1/1/2011.

12. PELUANG UNTUK MENJADI PERINTIS (PIONEER) DALAM INDUSTRI KOMODITI BARU DUNIA YANG BAKAL MENGGANTI KOMODITI GULA TEBU DAN MENJANA PENDAPATAN HINGGA MENCAPAI 5% KDNK MALAYSIA DALAM TAHUN 2013.